Jururawat Kajian (Infectious Disease Society Kota Kinabalu Sabah) – Ranau

Ranau, Sabah, Malaysia Contract, Whatsapp RM1501 - RM2000
NOTE: This job listing has EXPIRED! Visit ourLatest Jobs

INFECT RESE

Dibawah penyeliaan Ketua Penyelidik, jawatan ini akan membantu didalam perjalanan aktiviti kajian perubatan di Hospital Daerah Ranau, terutamanya di dalam kajian penyakit malaria. Jururawat klinikal kajian (JKK) akan bertanggungjawab terhadap pengambilan dan penyertaan pesakit. JKK juga akan membantu unit kajian perubatan di dalam kerja-kerja dan analisa makmal untuk projek kajian.

TANGGUNGJAWAB UTAMA:

  • Mengenalpasti pesakit di Hospital Ranau yang layak untuk menyertai projek kajian melalui kerjasama dengan kakitangan Kesihatan di hospital berkenaan.
  • Menjalankan prosedur-prosedur seperti mendapat kebenaran bertulis daripada pesakit, melengkapkan sesi soal-jawab klinikal, mengambil ukuran tinggi dan berat pesakit dan sebagainya.
  • Terlibat secara aktif di dalam pengurusan makmal harian, termasuk pengemaskinian inventori, peralatan dan kelengkapan makmal, log peti-sejuk beku dan pembekalan Liquid Nitrogen.
  • Memproses sampel darah pesakit yang terlibat, termasuk memisahkan, pengawetan dan penyimpanan plasma dan sel-sel mononuklear
  • Melakukan semua Langkah-langkah dan penemuan dokumen dengan ketetapan dan ketepatan masa untuk memastikan kualiti data, selaras dengan garis panduan Good Clinical atau Laboratory Practice.
  • Menyelaraskan pemberian ubat kajian kepada peserta kajian mengikut randomization protocol (double-blinded).
  • Bekerjasama rapat dengan ahli-ahli pasukan lain dan ahli kakitangan luar atau kolaborasi.
  • Memberi bantuan yang di perlukan di dalam aspek lojistik projek kajian.
  • Menjaga kecukupan perbekalan bahan-bahan kegunaan klinikal dan makmal di pusat kajian di Hospital Ranau.
  • Mengambil bahagian di dalam Latihan-latihan yang di perlukan didalam perjalanan projek kajian.
  • Memastikan kerahsiaan data-data semua peserta projek kajian.
  • Mematuhi garis panduan dan amalan etika yang di tetapkan oleh pihak berkuasa. Patuhi semua Langkah-langkah keselamatan dan lain-lain garis panduan dan prosedur di tempat kerja.
  • Melakukan lain-lain kerja dan tugasan yang di fikirkan perlu oleh pihak Ketua Penyelidik atau ahli delegasi yang terlibat.

Kriteria pemilihan:

  • Lulusan bidang Kejururawatan dengan beberapa tahun pengalaman kerja di klinik atau pusat Kesihatan (memiliki sijil perakuan amalan yang sah – APC),
  • Boleh menggunakan computer dengan perisian asas dan pemprosesan kemasukan data dengan kebolehan menganalisa,
  • Mempunyai pengalaman bekerja di makmal atau bersedia untuk di latih dengan kerja-kerja makmal,
  • Boleh pekerja sendiri tanpa pengawasan penuh, teliti, berhati-hati dalam bekerja dan boleh bekerja secara rawak,
  • Mempunyai pemahaman yang dalam mengenai kajian yang dijalankan, berperwatakan matang dan boleh berkomunikasi dengan sesiapa Sahaja,
  • Menunjukkan kebolehan untuk menjaga kerahsiaan terhadap maklumat-maklumat peribadi peserta kajian serta bersedia dan boleh bekerja di luar waktu pejabat.

Kriteria di perlukan:

  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman menguruskan pesakit dengan kes-kes malaria, tuberculosis, denggi atau sepsis,
  • Boleh menggunakan komputer perisian data seperti Microsoft Excel dan Access,
  • Mempunyai pengetahuan atau pengalaman didalam percubaan klinikal,
  • Menunjukkan keupayaan untuk bekerja secara berkesan didalam pasukan kerja pelbagai bidang,
  • Berkomunikasi di dalam Bahasa English adalah merupakan satu kelebihan kepada calon-calon,
  • Menepati masa dan selalu mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan serta mempunyai keinginan untuk menyelesaikan setiap tugas yang diberi.

Sila ambil maklum bahawa jawatan di tawarkan adalah bersifat sementara, sebagai pengganti terhadap kakitangan yang cuti bersalin. Tempoh minimum kontrak adalah selama 3 bulan

    How to Apply

    Open to Malaysia Citizens and Residents only; All Foreigner applicants will be Rejected.

    Step 1: Login to SabahJobs.com
    Step 2: Ensure your Online Resume is updated (Attach your CV if necessary)
    Step 3: Click Apply for Job

    View / Edit Online Resume here

    All Job advertisements including all contents on this website is COPYRIGHTED (DMCA). Republishing without authorization is prohibited. Refer to our Content Usage Guidelines for matters related to Collaborations & Republishing of our Jobs contents.

    468 total views, 1 today
    Click to Apply